Wednesday, 4 November 2015
Dalam kehidupan harian kita ni, kita takkan pernah terlepas daripada dosa..
"ala normallah tu dosa..tulah lumrah hidup insan yang bergelar manusia.."
Benda tu sebenarnya BUKAN NORMAL..lagi sekali saya ulang BUKAN NORMAL..DOSA ni sebenarnya salah satu penyakit rohani..penyakit yang memang doktor pun tak tau sebabnya, saintis pun tak dapat kaji..tapi hanya satu je ubatnya. "apa dia?"..jawapannya adalah ISTIGHFAR..
Mesti ada setengah orang yang tau dan selebihnya mungkin tak tau..okay takpe.
Biar saya share..ubat untuk hapuskan dosa salah satunya ialah 'ISTIGHFAR'..'ISTIGHFAR' bukan je dapat hapuskan dosa tapi boleh hapuskan juga titik hitam yang sedia ada dalam diri kita...
Hangpa semua kena ingat, bukan setakat sakit fizikal je yang ada ubat, tapi sakit rohani pun ada ubat..so sekarang, disebabkan hangpa semua dah tau ubat untuk hapuskan dosa,mehlah sama-sama amalkan..
Akhir kata dari saya..jom istighfar !
Jangan pernah lupa yang kita semua adalah PENDOSA
Malah PENDOSA TANPA NOKHTAH..wallahua'lam
~Assalammualaikum~
-Penulis Berkaca Mata-
Tuesday, 3 November 2015
Assalammualaikum, malam ni saya nak berkongsi tajuk 'Siapa menang ?.."Jihad VS Perang"..'
Tajuk ni merupakan dari team Tarbiah Sentap..jadi saya hanya sekadar berkongsi..mudah-mudahan semua yang baca faham apa itu sebenar-benarnya 'Jihad VS Perang' yang saya nak kongsi ni..
VS
SIAPA MENANG? JIHAD NAFSU VS PERANG.
Kita selalu bercita-cita nak mati syahid, nak pergi perang, nak lawan musuh dan sebagainya.
Tapi, ramai yang lupa, KITA TAKKAN MAMPU nak melawan musuh kalau kita tak mampu nak lawan nafsu kita.
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk tengok video lucah?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk tengok drama korea jepun hindustan melayu bangla yang ada unsur aurat, pergaulan bebas, cintan cintun pegang pegang cium-cium dan sebagainya?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita dari berikhtilat bercouple bajet islamik, bermesej2 dengan crush dan sebagainya?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk solat 5 waktu, bertahajud dan baca quran tiap hari?
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk baca buku-buku agama, buku sirah nabi, buku dakwah, buku tarbiah dan sebagainya.
Sejauh mana kita lawan nafsu kita untuk study dan siapkan assignment kita?
Atau kita sering tewas dengan nafsu sendiri, tertawan dengan nafsu sendiri.
Ingat.
Kalau kita mengimpikan SYAHID, kita kena mulakan dengan bertungkus lumus melawan nafsu.
Ya Allah, berilah kami kekuatan!!
Sebenarnya blog yang saya buat ni bertujuan untuk 'DAKWAH'...jadi InsyaAllah kalau tiada sebarang halangan..entri ni saya akan cuba fullkan dengan entri dakwah..
mungkin dengan menulis, saya dapat sampaikan dakwah walaupun sedikit..
biarlah penulisan ni jadi saksi saya berdakwah..moga penulisan dan entri dakwah yang akan disampaikan nanti dapat bagi manfaat dekat akhi dengan ukhti semua..
* JOM DAKWAH *
~ Assalammualaikum ~
- Penulis Berkaca Mata -
Assalammualaikum,
May I introduce myself..?
By the way, nama saya Nadia..tapi saya lebih selesa dikenali dengan nama Penulis Berkaca Mata..tapi mesti ada orang akan tanya..kenapa 'Penulis Berkaca Mata'? ..
Sebabnya adalah..
biarlah identiti tu menjadi rahsia antara diri saya saja..sebab saya tak se'famous' orang lain..so lebih baik awak kenal saya sekadar dengan Penulis Berkaca Mata..
Apa-apa pun ' SELAMAT KEMBALI KE DUNIA BLOG '
Subscribe to:
Posts (Atom)



